Terima kasih kepada ibubapa semua penjaga Az-Zahra dan juga pasti-pasti dalam kawasan perumahan Taman Temerloh Jaya yang datang semenjak pukul 9 sehinggalah ke petang bagi sama-sama menjayakan pogram yang berlangsung pada petang semalam (18/10)
Pihak pengurusan dan guru-guru memohon maaf kerana tidak dapat melayan semua tetamu yang hadir. Pihak kami tidak menjangkakan begitu ramai sekali pengunjung yang hampir 1,000 orang termasuk kanak-kanak. Maka satay telah habis dijamu tak sampai 1/2 jam. Antara menu utama yamng dihidangkan adalah satay, Mee/bihun sup, laksa Penang, ketupat nasi dah kuih-muih.
Majlis yang dimulakan tepat jam 3 dimulai dengan program nasyid oleh artis jemputan dari Maahd Tahfiz Berhala Gantang. Sambil tetamu menjamu selera juga diperdengarkan nasyid secara 'live' oleh anak-anak yang menghafaz Al-Quuran. Antara tetamu istimewa Az-Zahra' adalah anak-anak yatim dari Darul Izzah Temerloh.
Antara program yang menarik minat ramai adalah pemberian duit raya, pemberian gula-gula kepada adik-adik kecil dan sesi bergambar untuk semua pelajar 6 tahun.
Program sebelah pagi (Gotong-royong)- 9.00 - 12.00 tengahari
Untuk makluman adik-adik dan ibubapa peperiksaan akhir tahun 2009 akan bermula pada minggu hadapan ISNIN (19 - 22 Oktober) ini. Pastikan adik-adik mengulangkaji dirumah kerana soalan kali ini adalah disediakan oleh PASTI Pusat yang sama untuk kesemua PASTI. .
Pada sesi 2010 depan satu lagi cawangan AZ-ZAHRA 2 akan beroperasi dan menerima pelajar sulungnya. Ianya akan dikhususkan kepada penduduk-penduduk di sekitar perumahan Jalan Bahagia dan kampung sekitarnya.
Pendaftaran kini telahpun bermula. Manakala beberapa penjaga telahpun mula mendaftarkan anak-anak mereka untuk belajar di TJ pada sesi 2010 depan.
Diharap penjaga dapat mendaftar awal untuk memudahkan pihak pengurusan.
Diucapkan kepada semua ibubapa Az-Zahra.. Maaf zahir dan batin dari kami AJK Pengurusan dan guru-guru iaitu Cikgu Zainun, Cikgu Fiza dan Cikgu Atiqah. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua berada...
Sila OFF kan audio disebelah kiri untuk untuk mendengar ucapan Selamat Hari Raya dari adik-adik Az-Zahra' kita.
Pagi ni bermulalah semula sesi persekolah selepas bercuti 1 minggu. Ada yang ke PASTI dengan muka ceria dan ada yang masam je.... mungkin nak sambung cuti lagi.
Tahniah kepada adik-adik yang berpuasa walaupun baru berumur 6 tahun. Ada yang puasa sekerat hari tapi tak pe janji puasa.
Bulan puasa ni Az-Zahra tidak menyediakan makan/minum waktu rehat. Ini adalah untuk melatih adik-adik berpuasa supaya menjadi orang ISLAM yang bertaqwa..
Sempena bulan Ramadhan ini, Az-Zahra. bersama Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) telah menganjurkan satu program Ramadhan yang ulung kali diadakan pada hari Ahad 30/8 sehinggalah 31/8. Program tersebut telah dihadiri bersama Yang Berhormat DUN Kawasan Semantan Antara program yang dijalankan adalah.
1. Majlis serahan sumbangan untuk ibu tunggal 2. Berbuka puasa 3. Solat Magrib, Isya'dan Terawih berjemaah 4. Tahlil Perdana 5. Ceramah Ramadhan
Majlis tersebut berakhir jam 1015 malam. Program ini dijalankan di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya. Kehadiran orangramai yang sedang membeli juadah di Bazar Ramadhan disekiling tempat majlis tutut memeriahkan lagi program ini. Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal yanng dijalankan pada sekitar pukul 7.00 malam.
Ketika waktu berbuka puasa telah turut juga dihadiri para peniaga yang berada disekitar.
Kepada adik-adik, esok adalah hari terakhir persekolahan untuk minggu ni maka diucapkan Selamat Bercuti. Oleh kerana cuti sekolah kali ini jatuh pada bulan puasa mulai hari Sabtu maka adik-adik juga akan mula juga berpuasa. Jadi jangan ponteng-ponteng puasa dan berjumpa lagi 1 minggu lagi dari sekarang.