RSS

Program Ramadhan







Sempena bulan Ramadhan ini, Az-Zahra. bersama Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) telah menganjurkan satu program Ramadhan yang ulung kali diadakan pada hari Ahad 30/8 sehinggalah 31/8. Program tersebut telah dihadiri bersama Yang Berhormat DUN Kawasan Semantan Antara program yang dijalankan adalah.

1. Majlis serahan sumbangan untuk ibu tunggal
2. Berbuka puasa
3. Solat Magrib, Isya'dan Terawih berjemaah
4. Tahlil Perdana
5. Ceramah Ramadhan

Majlis tersebut berakhir jam 1015 malam. Program ini dijalankan di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya. Kehadiran orangramai yang sedang membeli juadah di Bazar Ramadhan disekiling tempat majlis tutut memeriahkan lagi program ini. Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal yanng dijalankan pada sekitar pukul 7.00 malam.

Ketika waktu berbuka puasa telah turut juga dihadiri para peniaga yang berada disekitar.



Selamat bercuti dan Menyambut Ramadhan


Kepada adik-adik, esok adalah hari terakhir persekolahan untuk minggu ni maka diucapkan Selamat Bercuti. Oleh kerana cuti sekolah kali ini jatuh pada bulan puasa mulai hari Sabtu maka adik-adik juga akan mula juga berpuasa. Jadi jangan ponteng-ponteng puasa dan berjumpa lagi 1 minggu lagi dari sekarang.

Penawar H1N1



Jika ada adik-adik atau saudara mara yang disyaki@disahkan mengidap H1N1 cuba amalkan amalan ini..

1. MINUM 8 GELAS PERAHAN AIR EPAL HIJAU SETIAP HARI
2. MINUM 8 GELAS PERAHAN FRESH ORANGE

Cerita yang dah terkena H1N1

Nak elok tambah lagi dengan madu@tamar@air zam-zam...

Gotong Royong Bubur Lambuk Menyambut Ramadan



Pada Sabtu lepas 15/08/09 telah diadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk oleh ibubapa penjaga Az-Zahra'. Semenjak pukul 815 pagi lagi kaum ibu telah hadir untuk menyediakan bahan-bahan untuk bubur lambuk.



Pada sebelah petang pulak lebih kurang pukul 530 program diteruskan dengan tazkirah sempena menyambut Ramahan yng kan menjelmA tidak lama lagi. Selepas itu semua ibubapa penjaga, para jemputan dan jiran-jiran yang dijemput, merasa juadah istimewa bubur lambuk yang telah dimasak pada sebelah pagi.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang diambil sempena program tersebut.



Cikgu Zainun masih becuti


Cikgu Zainun masih bercuti kerana terpaksa menunggu anak ke-3 nya AMMAR yang sakit di Hospital Temerloh Pahang. Setelah dibuat CT SCAN , disyaki ada kuman pada selaput otak dan Dr bercadang akan mengambil air dari tulang belakang.

Sama-samalah berdoa agar anak Ckigu Zainu segera sembuh dan beliau berada di wad Kenanga 12, tingkat 7, katil no 23...
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates