RSS

Keputusan Perlawanan




AN - NUR (4) - AZ-ZAHRA'(5)

Perlawanan berlangsung sengit petang tadi. An-Nur mendahului Az-Zahra' 2 gol pada separuh masa petama. Pada separuh masa kedua barulah Az-Zahra' berjaya menyumbat gol sebelum berhempas-pulas untuk menewaskan An-Nur dengan kelebihan 1 gol sahaja. Tahniah kepada adik-adik... Usaha lebih gigih lagi... (Az-Zahra' beruniform kuning)


Lagi LawAN

Lagi perlawanan Persahabatan

PASTI AN-NUR (Pencabar) Melawan PASTI AZ-ZAHRA'
Lokasi - seperti biasa (Padang Awam TTJ
Tarikh/Masa - 30/4/09 pukul 530 petang)

Nota : Kalau tak hujan macam petang semalam (29/4) kira jadik, harap hubungi Cukgu Az-Zahra' dahulu untuk pengesahan perlawanan

Petang ni ada lagi PASTI lain pulak yang mencabar Az-Zahra'.. Dia orang ajak lawan bolasepak dan bolajaring pulak. PASTI AN-NUR memang handal dan disegani lawan sebab tahun lepas dia johan kawasan Temerloh terutamanya bolasepak... Tahun ni mungkin dia lagi kot...

Kami di Az-Zahra' hanyalah underdog sahaja...

Az-ZAhRA' 11 - UMMU KHALIDA 3



Keputusan perlawanan petang semalam memeranjatkan semua pihak termasuk jurulatih Az-Zahra' sendiri dan ibu bapa yang hadir. Pasti Ummu Khalida hanya mampu membawa pulang 3 gol sahaja.. Oleh kerana bilangan pemain mereka seramai 4 orang saja maka terpaksalah di tambah seramai 4 orang lagi pemain dari Az-Zahra, manakala bilangan pemain Az-Zahra' pula 7 orang sahaja. Tapi masih mampu menjaringkan 11 gol...

Jurulatih Az-Zahra' berkata para pemainnya mampu menjarigkan lebih banyak gol lagi... ramai pemainnya yang tak dapat hadir sebab cuaca mendung nak hujan. "Kami sudah pun mempunyai senarai pemain yang mantap dan berkaliber untuk menentang mana-mana PASTI di kawasan Temerloh ni... Saya juga sedang cuba menghubungi Sir Alex Ferguson (Pengurus Manchester United) untuk meminta tips bagi memenangi liga kali ni dan nak pinjam Ronaldo kejap pada perlawanan Ahad ni (3/5/09).. ujarnya lagi... Dia tu kawan baik saya dulu.." Ikut awaklah jurulatih.. janji menang, kalu kalah siap awak...


Perlawanan Pesahabatan



Perlawanan : PASTI Az-Zahra' Lawan PASTI Ummu Khalida
Tempat : Padang Awam Taman Temerloh Jaya
Tarikh / Masa : 28/3/09 530 petang


Semua pemain dikehendaki hadir pada pukul 5. Bawa bersama kasut sukan, baju sukan dan penyokong-penyokong sekali. Lagi ramai lagi elok. Semua ibubapa dipohon hadir untuk memberikan sokongan padu kepada Az-Zahra'.

Mesyuarat AJK Pengurusan Az-ZAhra'

Malam tadi berlansung mesyuarat pengurusan AJK Az-Zahra'.. Banyak perkara dibincangkan antaranya :-

1. Muhasabah Jamuan Makan Amal 2009 baru lalu
2. Persiapan Liga bolepak PASTI Kawasan pada 3/5/09 nanti
3. Aktiviti sebelum cuti semester sehingga bulan Mei
4. Persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
5. Program jangka panjang sehinga hujung persekolahan.

Moga semua perancangan berjalan lancar. Kesimpulannnya setiap rogram mestilah disokong dan didokong oleh AJK Pengurusan dan penglibatan penjaga sebdiri. Kedua belah pihak memainkan peranan yang penting dalam menjayakan setiap program yang diatur. Mesyauar berakhir jam 1115 malam tadi.

SIbUK Berlatih





Petang tadi latihan bolsepak dan boljaring telah dimulakan untuk memilih pemain-pemain yang berbakat bagi mewakili Az-Zahra' pada pertandingan liga sukan PASTI Kawasan Temerloh pada 3/5 nanti.

Jurulatih yang baru dilantik nampaknya bersungguh-sungguh mendera adik-adik kita. Harapnya pemain-pemain yang dipilih akan berusaha bersungguh-sungguh.

Petang Khamis ini sekali lagi sesi latihan akan diadakan dan diharap ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke Padang Awam Taman Temerloh Jaya..


UCAPAN PENgHARGAAN


Berikut sedutan rakaman video ucapan penghargaan kepada ibu bapa dan penyumbang-penyumbang sempena Malam Jamuan AMAL 2009 lalu daripada S/Usaha Az-Zahra' Ustaz Fairuz..

Untuk perhatian.... kami menerima komen daripada ibu bapa bahawa blog ini sukar diakses 2 -3 hari lalu terutamanya yang menggunakan pelayar Internet Explorer ... sila tukarkan pelayar anda kepada Mozilla Firefox

Jamuan Makan Malam AMAL 09




Ustaz Akhwan sedang melayan adik-adik






Semasa majlis berlangsung

Perancangan hampir sebulan oleh AJK dan penglibatan adik-adik serta ibu bapa ahirnya sampai kemuncaknya pada hari Sabtu lalu 18/4/09.

Berlangsunglah satu program besar yang dinamakan Program Makan Malam Amal anjuran Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Az-Zahra' bertempat di Dewan Orangramai Taman Temerloh Jaya. Ianya bertujuan untuk mengisi dana pendidikan, kebajikan dan pembangunan Az-Zahra'

Tetamu jemputan dan para penyumbang mula hadir semenjak pukul 8 lagi. Dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Pasti Pusat, Profesor Madya Dr, Supyan Husin, yang juga Fellow Kanan Jabatan Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Majlis berjalan dalam keadaan santai diselang-selikan dengan persembahan dari pelajar dan artis jemputan iaitu Ustaz Akhwan Affendi serta cabutan no bertuah...

Berita majlis ini juga telah disiarkan oleh Sidang Online (Akhbar Maya PAS Pahang) di http://www.sidangonline.net/v7/

Nota : Gambar-gambar lain akan dimuatnaik untuk posting akan datang dan juga setiap ibu bapa akan menerima CD berkaitan majlis ini nanti






Semasa raptai sebelah pagi

TERIMA KASIH...... TERIMA KASIH...


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang sempena JAMUAN AMAL pada 18/4/09 lalu, tetamu jemputan dan tidak dilupakan ibu bapa anak-anak AZ-ZAHRA' yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada PASTI ini.

Untuk makluman gambar-gamabar dan video program Sabtu lalu sedang diedit dan akan dimuatnaik sedikit masa lagi.

InI gambar semasa raptai pada pagi 18/4/09 pukul 10 pagi... berpeluh jurulatih...

Makan kek BeSAR



Hari ini adik-adik di Az-Zahra meraikan hari lahir adik Nurul Sarena Salsabila Binti Basiron yang ke-5. Ibu bapanya membawa kek dan sedikit makanan ringan untuk diberikan kepada semua pelajar. Ianya diadakan pada waktu rehat iaitu sekitar pukul 930 pagi.

Semuanya seronok dapat merasa kek besar yang dibawa oleh adik Sarena. Tapi ada yang tak makan kek tu, mereka makan kuih dan nasi lemak pulak yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka. Takpelah janji makan jugak...

Disertakan gambar-gambar yang diambil pagi tadi.


DISKUSI BERSAMA IBUBAPA



Malam tadi telah berlangsung diskusi bersama ibubapa pelajar-pelajar Az-Zahra'. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir 9.45 malam dalam keadaan ceria dan santai. Ini dilakukan bagi mengenengahkan konsep keterbukaan pengurusan untuk menenerima teguran dan komen-komen dari ibubapa.

Selepas itu pengurusan telah membentangkan program-program yang telah dijalankan dari Januari sehingga bulan Mei ini termasuklah cadangan Jamuan Amal nanti. Ini bertujuan mendapat maklumbalas dan penglibatan penjaga dalam setiap program Az-Zahra' yang akan diadakan nanti.

Pengurusan berharap dengan terlibatnya penjaga sebagai ad-hoc untuk cadangan program akan datang memudahkan pengurusan dan program akan lebih terurus lagi. Antaranya jurulatih(penjaga) untuk pasukan bolasepak telah dilantik untuk menghadapi liga bolasepak peringkat kawasan yang akan diadakan pada bulan Mei nanti. Beliau akan menguruskan jadual latihan dan stategi untuk memenangi pertandingan kali ini. Ada juga usaha-usaha untuk mendapat penaja akan dilakukan nanti. Nantikan kemunculan pasukan Az-Zahra' yang akan mempamerkan kelainan dalam pertandingan kali ini. Tidak seperti tahun lepas, 2 kali berlawan dah kemas barang balik sebab kalah dan takde stamina..

Program Bersama Ibubapa





Baru sebentar tadi selelesailah program perjumpaan antara ibubapa pelajar dan guru-guru Az--Zahra'. Program bermula jam 9.00 pagi sehinggalah pukul 1145. Seramai 13 orang ibubapa telah hadir dan ini merupakan satu kejayaan yang besar buat Az-Zahra' yang ulung kalinya menjayakan program ini.

Program ini akan dibuat pada setiap hari Sabtu awal bulan, jadi kepada ibubapa yang tidak dapat hadir pada hari ini, dijemput hadir pada bulan Mei nanti pulak. Ianya bertujuan bagi mengenalpasti kemajuan dan kelemahan anak-anak dalam pelajaran dan juga bertukar-tukar pendapat pendapat mengenai sikap anak-anak.

Terima kasih kepada ibubapa yang hadir pada hari ini....

MARI BERSOLAT


Petikan daripada kajian oleh kumpulan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya :-

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari."

"Jangan terkejut kerana solat juga boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Ceramah Kesihatan





Jam 9 15 pagi tadi satu taklimat berkaitan penjagaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah diadakan di Az-Zahra. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Haryati Ibrahim. Deangan penggunaan gambar dan gaya penyampaian bercerita yang menarik membuatkan adik-adk Az-Zahra' teruja , 'excited' serta memberi perhatian penuh dan bekerjasama dalam menjawab soalan-soalan yang ditanyakan. Antara isi kandungan ceramah beliau ialah :-

a. Kitaran hidup nyamuk
b. Menjaga kebersihan diri dan rumah

Untuk sesi akan datang datang, program seperti ini akan diteruskan dengan tajuk lain pula. Program berakhir pada pukul 945 pagi. Terima kasih Puan.....





Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates