RSS
Showing posts with label LAWATAN. Show all posts
Showing posts with label LAWATAN. Show all posts

Lawatan ke balai BOMBA Temerloh


Gambar ramai-ramai

Mendengar penerangan

Semua nak jadi ahli bomba

Terima kasih

Semua guru-guru Az-Zahra'


Tarikh : 28/4/10
Lokasi : Balai Bomba Temerloh
Masa : 930 pagi



Lawatan Ke Perpustakaan Awam Temerloh


Bersiap untuk memasuki perpustakaan

Cikgu menyiapkan makanan


Taklimat dari Puan Siti Nurbaya


Aktiviti mewarna

Semalam 4/11/09 adik-adik telah dibawa ke Perpustakaan Awam Temerloh untuk mengetahui dan mengadakn program mewarna disamping membiasakan diri dengan buku-buku. Terima kasih diucapakan kepada Puan Siti Nurbaya selaku Pegawai Perpustakaan Awam Temerloh atasa layanan dan melayan kerenah adik-adik.

Bertolak ke perpustakaan jam 9.00 pagi dan kembali ke PASTI jam 11.00 pagi




Gambar kenangan sebelum balik di hadapan bangunan

LAWATAN ke Kem Batu 3












B
aru sebentar tadi adik-adik telah dibawa melawat ke Kem Batu 3 Temerloh dengan 5 buah kenderaan. Bertolak dari Az-Zahra' jam 9.00. Semuanya ceria dan seronok dan ada yang membawa bekalan makanan yang disediakan oleh ibu masing-masing.

Kami telah disambut oleh Kapten Osman selaku penyelaras lawatan dan unit yang dilawati adalah Unit Artileri. Mula-mula adik-adik ditunjukkan senjata seperti senapang dari jenis M16, Styer dan lain lagi. Ada yang memegang dan mencuba senapang tersebut termasuklah Cikgu dan AJK sekali.

Selepas itu ditunjukkan pula pelbagai jenis kenderaan pengangkut dan meriam. Semua adik-adik dibenarkan menaiki dan mencuba kenderaan tersebut. Cuma Abe Long je tak nak naik. Juga ditunjukkan demonstrasi Kenderaan Meriam yang bergerak di sekitar padang tersebut. Semuanya seronok.

Akhir sekali kami dijamu dengan bihun goreng oleh pak cik-pak cik askar yang baik hati. Sampai tak usik langsung makanan yang dibawa oleh Cikgu. Pukul 11.15 semuanya bertolak balik ke Az-Zahra.










Lawatan ke PASTI ILMI Permata





S
emalam (7/5/09) Cikgu Fiza dan Cikgu Zainun telah mengikuti rombongan guru-guru PASTI Kawasan Temerloh untuk 'melancung' ke Kuala Lumpur. Rombongan diketuai oleh Pusan Husna Yaacub selaku Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Pahang yang juga merupakan Ketua MGP Kawasan Temerloh.

Tujuan utama adalah untuk melawat PASTI ILMI Permata di Taman Permata Hulu Kelang bagi meninjau, berkongssi pengalaman serta menambah ilmu dan disambut oleh Puan Rohaiza Unit Penaziran PASTI Kawasan Gombak. Bertolak dari Masjid Abu Bakar Temerloh jam 8.00 dan tiba di sana pada pukul 10.00. PASTI tersebut mempunyai hampir 100 orang pelajar kesemuanya.

Antara tempat lain yang disinggah ialah Masjid Wilayah Persekutuan dan Taman Tasik Titiwangsa.





Lagi Gambar Lawatan ke ZOO







Lagi Gambar lawatan

Lawatan Ke MINI ZOO Temerloh







Pada hari Rabu (18/2) lalu adik-adik PASTI kita telah dibawa melawat ke zoo di Temerloh. Tujuan utama lawatan ini untuk beriadah, mengukuhkan silatulrahim antara AZ-ZAHRA dan penjaga, di samping adik-adik belajar dan mengenali haiwan secara lebih dekat.

Masing-masing amat gembira dan teruja untuk kesana. Pelajar-pelajar telah dibawa dengan b nuah van dan 3 buah kereta. Mereka pula berkumpul di PASTI semenjak pukul 800 pagi lagi.

Disamping mngenali haiwan seperti burung-burung, harimau, rusa dan buaya, acara mewarna juga diadakan. Ada juga yang membawa ibubapa masing-masing dan sanggup pula mnengambil cuti demi meraikan anak mereka ini. Semuanya amat gembira dan berpuashati.

Program lawatan ke tempat lain kini sdang diatur. Diharap bersabar. Disertakan sebahagian foto-foto lawatan tempohari.. Lagi foto akan ditunjukkan pada posting akan datang...
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates