RSS

Program hujung bulan 6







M
alam tadi berlangsung majlis tahlil dan doa kesyukuran yang bermula pada pukul 7 malam lagi. Sebelah petang telah diadakan program gotong-royong yang dihadiri oleh ibu-ibu untuk memasak.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrih berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Syukri dari Masjid Bandar Temerloh. Selepas itu ucapan ringkas dari Ustaz Fairus selaku Setiusaha Az-Zahra', diikuti bacaan YASIN dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Syukri. Selepas sembahyang Isya' berjemaah dan doa selamat , akhir sekali semua hadirin dijamu dengan kuih-muih dan bihun sup.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan juga para pemberi sumbangan dalam mengadakan majlis ini.


Terima KASIH CIKGU!



C
ikgu Nafisah akan melanjutkan pelajaran ke Uiverisiti Putra Malaysia pada 27/6/09 ini dalam Pengajian Bahasa Arab. Dan hari Rabu(24/6) lepas adalah hari terakhir beliau bersama-sama adik-adik Az-Zahra terutamanya pelajar 5 tahun. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nafisah dan juga jutaan terima kasih atas segala tunjuk ajar Cikgu kepada adik-adik di Az-Zahra'. Selamat belajar di tempat baru.

Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi GURU PASTI harap dapat hubungi CIKGU ZAINUN 013-9144 234



Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates