RSS
Showing posts with label PELAJAR. Show all posts
Showing posts with label PELAJAR. Show all posts

Harilahir Adik Sareena






Sekitar sambutan Harilahir adik Sareena dari Az-Zahra 2 baru-baru ini

Pelajar 2010


Adik 4 tahun

Adik 5 tahun (AKtif)

Adik 5 tahun (Bijak)

6 tahun

Untuk 2010 ini Az-Zahra telah menerima pelajar seramai 53 orang iaitu 4 tahun (8 orang), 5 tahun (32 orang) dan 6 tahun (13 orang) berbanding 2009 hanya seramai 38 orang.

Walaupun baru memasuki tahun ke-3 tapi Az-Zahra telah diberi kepercayaan oleh ibubapa penjaga untuk mendidik anak-anak mereka. Terima kasih kepada penjaga semua kerana memilih Az-Zahra' sebagai pilihan utama anda.

Manakala di Az-Zahra' 2 bilangan pelajar adalah seramai 8 orang.

Pelajar Az-ZahrA' 2009


AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT BELAJAR KEPADA ADIK-ADIK

PELAJAR 4 TAHUN

Dari kiri : UMAR, BILLA, DIRAH DAN SYAHIDAH

PELAJAR 5 TAHUN

Dari kiri : Perempuan - Maryam, Azera, Sarena, Nisha, Fatin, Siti, Nana, Nisah
Lelaki - Fahim, Hakim, Ammer, Ikram
Tak Hadir - Aisyah

PELAJAR 6 TAHUN

Dari kiri : Perempuan - Haziqah, Ain, Aisyah, Aini, Ema, Inah
Lelaki - Amir, Ammer, Azmin, Azri, Kimi, Akmal, Anas
Tak Hadir - Azrin

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR 2009




Bagi tahun 2009 sehingga berita ini ditulis, seramai 32 orang pelajar telah mendaftar di AZ-ZAHRA', meningkat seramai 7 orang berbanding tahun lepas. Berikut adalah pecahan pelajar iaitu pelajar 4 tahun (4 orang), 5 tahun (13 orang) dan 6 tahun (15 orang). Ini merupakan peningkatan bilangan pelajar yang mendadak bagi AZ-ZAHRA' memandangkan umur AZ-ZAHRA' baru setahun. Ini berikutan pelan pemasaran dan penerangan yang tidak mengenal penat lelah sepanjang tahun oleh AJK dan pengurusan AZ-ZAHRA'. Dengan kepercayaan masyarakat sekitar perumahan TTJ, AZ-ZAHRA' akan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita semua.

AZ-ZAHRA' kini perlu membalas kepercayaan ini dengan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan menambah modul-modul yang terbaik.

Juga diucapkan selamat datang kepada guru baru iaitu Cikgu Fiza yang menggantikan Cikgu Sue yang amat disayangi oleh pelajar-pelajar tahun 6 2008 lalu.

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2009



Foto terbaik tahun 2008

Selamat menyambut Idul Adha
kepada semua adik-adik dan ibubapa. Kini kita sudah berada pada bulan Dis 08 dan tak lama lagi penggal persekolahan baru akan dibuka. Oleh itu jom kita ajak kawan-kawan lain di sekitar Taman TJ 5/1, Pesiaran Bahagia, Bahagia Court, Taman Bunga Raya & Taman Bahagia Makmur Temerloh untuk mendaftar dan belajar di PASTI AZ-ZAHRA'.

Borang pendaftaran boleh upload/muaturun pada blog ini sahaja...

KELAS AL-QURAN SEMPENA CUTI SEKOLAH



Kelas AL-Quran tetap diteruskan kepada pelajar-pelajar PASTI walupun musim cuti telah bermula. Kelas telahpun bermula pada 17/11 lalu. Sehingga kini seramai 17 orang pelajar mengikuti kelas ini termasuk 8 orang pelajar baru yang berumur dari 5 hingga 9 tahun.

Diharap ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke kelas ini.

Pemilihan Pelajar Cemerlang


Pada 24hb Oktober lalu bertempat di Masjid Bukit Bendera telah diadakan ujian kecemerlangan pelajar PASTI peringkat kawasan Temerloh. Seramai 11 orang pelajar terbaik yang mewakili setiap PASTI Kawasan Temerloh telah menghantar wakil masing-masing. Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan mewakili peringkat kawasan dan seterusnya ke negeri


Pasti AZ-ZAHRA telah diwakili oleh Adik Ammer Suhaimi (5 tahun ) dan Adik Ummu Najihah Abd Shukor (6 tahun). Mereka ini dipilih berdasarkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.


Keputusannya adik Ammer dan adik Ummu Najihah telah mencapai kedudukan ke 5 dari 11 orang pelajar pasti, mengikut peringkat umur masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana walaupun Pasti Az-Zahra adalah pasti yang 'termuda' dalam kawasan Temerloh tetapi telah berupaya mencapai keputusan yang terbaik diantara yang terbaik. Diharapkan di tahun hadapan adik-adik berusaha lebih gigih lagi, begitu juga kepada adik-adik yang lain.
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates