RSS

Majlis Ibu Bapa & Ihtifal 2008



View Slideshow
Salam sejahtera dan selamat bercuti kepada adik-adik sekalian.

Alhamdulillah Majlis Ihtifal Az-Zahra' berjaya diadakan dengan meriahnya pada pagi tadi. Majlis telah dimulakan pada jam 9.15 pagi dengan ucapan selamat datang kepada para hadirin oleh Ustaz Fairus selaku Pengerusi Pasti Az-Zahra' , diikuti ucapan dari Cikgu Nordin (Pengurus Az-Zahra') dan telah dirasmikan oleh Ustaz Johari Ishak (Ketua Pemuda PAS Kawasan Temerloh). Turut dihadiri ialah Ustaz Azrul selaku Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan Temerloh. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua.

Semasa merasmikan majis ini, Ustaz Johari menjelaskan bahawa PASTI kini menjadi pilihan dikalangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka kerana mempunyai modul-modul yang terbaik dalam membina akhlak dan akademik anak-anak. Apabila pelajar-pelajar ini memasuki sekolah rendah mereka berupaya menyaingi dan menjadi pelajar terbaik pula.

Di antara acara persembahan iailah bacaan Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah dan terjemahannya, nyanyian lagu PASTI, hafazan ayat Al-Quran dan Hadis, deklamasi sajak dan diakhiri dengan nasyid. Pada penghujung majlis acara penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar mengikut pelbagai kategori seperti :-

i. Berpuasa pada bulan Ramadhan lalu
ii. Kedatangan terbaik

Az-Zahra juga memberikan hadiah kepada semu pelajar tahun 4, 5 dan 6. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi





Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates