RSS

Sukaneka PASTI Caw Temerloh Jaya - Johan Lagi






Tahniah kepada adik-adik AZ-ZAHRA' kerana sekali lagi mengharumkan nama Az-Zahra' dengan menjadi Johan keseluruhan Sukaneka tersebut yang berlangsung pada pukul 9 pagi tadi di Padang TJ 8/6 Taman Temerloh Jaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB DUN Semantan Tuan Syed Hamid. Terima kasih diucapkan kepada beliau walaupun baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung baru-baru ini.

Az-Zahra' yang baru pertama kali menyertai sukaneka ini telah berjaya menunjukkan perstasi yang memberangsangkan dengan menjuarai 4 dari 10 acara dan menduduki Naib Johan dalam lain-lain acara. Adik-adik kita hanya berlatih 2 hari sahaja tetapi berjaya merampas Piala Pusingan dari PASTI Ummi Khalidah yang merupakan Johan Menunggu dan telah memenangi Piala Pusingan ini sebanyak 3 kali. Kebanyakan adik-adik Az-Zahra' adalah terdiri dari pelajar yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu-ibu yang banyak membantu semasa berlangsungnya program pagi tadi seperti Cikgu Jamilah dan Cikgu Zahariah serta lain-lain ibu yang menjadi penyokong kuat Az-Zahra' dan sentiasa bersorak memberi sokongan kepada adik-adik.






MAKA DIMAKLUMKAN BAHAWA ESOK ISNIN 6/7/09 adalah hari cuti untuk semua PASTI Cawangan Temerloh Jaya.



Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates