RSS

KELAS AL-QURAN SEMPENA CUTI SEKOLAH



Kelas AL-Quran tetap diteruskan kepada pelajar-pelajar PASTI walupun musim cuti telah bermula. Kelas telahpun bermula pada 17/11 lalu. Sehingga kini seramai 17 orang pelajar mengikuti kelas ini termasuk 8 orang pelajar baru yang berumur dari 5 hingga 9 tahun.

Diharap ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke kelas ini.

Majlis Ibu Bapa & Ihtifal 2008



View Slideshow
Salam sejahtera dan selamat bercuti kepada adik-adik sekalian.

Alhamdulillah Majlis Ihtifal Az-Zahra' berjaya diadakan dengan meriahnya pada pagi tadi. Majlis telah dimulakan pada jam 9.15 pagi dengan ucapan selamat datang kepada para hadirin oleh Ustaz Fairus selaku Pengerusi Pasti Az-Zahra' , diikuti ucapan dari Cikgu Nordin (Pengurus Az-Zahra') dan telah dirasmikan oleh Ustaz Johari Ishak (Ketua Pemuda PAS Kawasan Temerloh). Turut dihadiri ialah Ustaz Azrul selaku Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan Temerloh. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua.

Semasa merasmikan majis ini, Ustaz Johari menjelaskan bahawa PASTI kini menjadi pilihan dikalangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka kerana mempunyai modul-modul yang terbaik dalam membina akhlak dan akademik anak-anak. Apabila pelajar-pelajar ini memasuki sekolah rendah mereka berupaya menyaingi dan menjadi pelajar terbaik pula.

Di antara acara persembahan iailah bacaan Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah dan terjemahannya, nyanyian lagu PASTI, hafazan ayat Al-Quran dan Hadis, deklamasi sajak dan diakhiri dengan nasyid. Pada penghujung majlis acara penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar mengikut pelbagai kategori seperti :-

i. Berpuasa pada bulan Ramadhan lalu
ii. Kedatangan terbaik

Az-Zahra juga memberikan hadiah kepada semu pelajar tahun 4, 5 dan 6. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi





IHTIFAL PASTI AZ-ZAHRA' 2008


Pihak pengurusan dan AJK PASTI AZ-ZAHRA' Taman Temerloh Jaya dengan rasa rendah diri menjemput semua ibubapa/penjaga dan orangramai untuk menghadiri MAJLIS IHTIFAL PASTI AZ-ZAHRA 2008 yang akan diadakan pada 15hb November (Sabtu). Majlis akan bermula pada jam 9.00 pagi.

Dipohon agar ibubapa dapat memastikan anak-anak mereka berada lebih awal di PASTI. Majlis Anugerah Sijil Pasti untuk tahun 6 dan persembahan tahun 5 juga akan diadakan.

Marilah beramai-ramai hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak.

HARI GRADUASI PELAJAR PASTI KAWASAN TEMERLOH 2008
















Majlis ini telah diadakan pada Sabtu(8/11/08) lepas bertempat di Pusat Pengajian ISLAM Al-Mukmin, Kg Paya Dalam Temerloh dengan jayanya. Ianya bertujuan meraikan penyampaian hadiah pelajar cemerlang Kawasan Temerloh, penyampaian sijil murid 6 tahun dan cenderahati untuk guru-guru Pasti Kawasan. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1130 pagi.

Bilangan PASTI yang terlibat adalah sebanyak 11 buah dan 120 orang pelajar. Pelajar PASTI AZ-ZAHRA yang terlibat adalah seramai 7 orang iaitu adik Mohd Imran, Mohd Haikal, Mohd Hijaz, Nik Nabilah Ayuni, Hana Maisarah, Nor Anis Ilyana dan adik Nur Naizaeatun Nadia. Tahniah diucapkan kepada semua adik-adik yang tekah menamatkan pengajian sesi 2008.

Manakala adik Ummu Najihah tidak dapat menghadiri majlis kerana ibubapanya sedang menunaikan fardu haji. Diucapkan kepada Encik Abd Shukur dan Puan Rosliza selamat menjalani ibadah haji dan selamat kembali

Pemilihan Pelajar Cemerlang


Pada 24hb Oktober lalu bertempat di Masjid Bukit Bendera telah diadakan ujian kecemerlangan pelajar PASTI peringkat kawasan Temerloh. Seramai 11 orang pelajar terbaik yang mewakili setiap PASTI Kawasan Temerloh telah menghantar wakil masing-masing. Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan mewakili peringkat kawasan dan seterusnya ke negeri


Pasti AZ-ZAHRA telah diwakili oleh Adik Ammer Suhaimi (5 tahun ) dan Adik Ummu Najihah Abd Shukor (6 tahun). Mereka ini dipilih berdasarkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.


Keputusannya adik Ammer dan adik Ummu Najihah telah mencapai kedudukan ke 5 dari 11 orang pelajar pasti, mengikut peringkat umur masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana walaupun Pasti Az-Zahra adalah pasti yang 'termuda' dalam kawasan Temerloh tetapi telah berupaya mencapai keputusan yang terbaik diantara yang terbaik. Diharapkan di tahun hadapan adik-adik berusaha lebih gigih lagi, begitu juga kepada adik-adik yang lain.

Pembuka Kata




Akhirnya PASTI Az-Zahra' Taman Temerloh Jaya, Pahang mula beroperasi di Jalan TJ5/4 Taman Temerloh Jaya dengan jayanya pada Januari 2008.

Untuk tahun 2008 Az-Zahra' telah mempunyai 25 orang pelajar dan 2 orang guru. Pecahan pelajar adalah pelajar 6 tahun (8 orang), 5 tahun (15 orang) dan pelajar 4 tahun (2 orang). Moga tahun-tahun mendatang Az-Zahra' akan terus berupaya menjana pelajar yang lebih cemerlang dunia dan akhirat dengan didikan guru-guru dan doa ibubapa anak-anak ini.

Dengan adanya blog ini lebih memudahkan Az-Zahra' menyampaikan maklumat dan informasi secara maya dan berinteraksi dengan pelajar serta ibubapa.
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates