RSS

Az-Zahra' berwajah Baru




Kini tiap dinding PASTI dilukis Mural oleh Cikgu Atiqah untuk mencantikkan dan memberi nafas baru kepada dinding yang catnya semakin luntur. kerja-kerja diluar bangunan dah siap kini hanya tinggal dibilik belajar pelajar 4 & 5 tahun sahaja.

Jadi tahun depan adik-adik akan belajar dalam keadaan yang lebih ceria dan gembira

Periksa AKhir Tahun





Hari ini bermulalah peperiksaan akhir tahun untuk sesi terakhir 2009.

Hari Terbuka & Jaumuan Eidul Fitri 1430H

Terima kasih kepada ibubapa semua penjaga Az-Zahra dan juga pasti-pasti dalam kawasan perumahan Taman Temerloh Jaya yang datang semenjak pukul 9 sehinggalah ke petang bagi sama-sama menjayakan pogram yang berlangsung pada petang semalam (18/10)

Pihak pengurusan dan guru-guru memohon maaf kerana tidak dapat melayan semua tetamu yang hadir. Pihak kami tidak menjangkakan begitu ramai sekali pengunjung yang hampir 1,000 orang termasuk kanak-kanak. Maka satay telah habis dijamu tak sampai 1/2 jam. Antara menu utama yamng dihidangkan adalah satay, Mee/bihun sup, laksa Penang, ketupat nasi dah kuih-muih.

Majlis yang dimulakan tepat jam 3 dimulai dengan program nasyid oleh artis jemputan dari Maahd Tahfiz Berhala Gantang. Sambil tetamu menjamu selera juga diperdengarkan nasyid secara 'live' oleh anak-anak yang menghafaz Al-Quuran. Antara tetamu istimewa Az-Zahra' adalah anak-anak yatim dari Darul Izzah Temerloh.

Antara program yang menarik minat ramai adalah pemberian duit raya, pemberian gula-gula kepada adik-adik kecil dan sesi bergambar untuk semua pelajar 6 tahun.

Program sebelah pagi (Gotong-royong)- 9.00 - 12.00 tengahari







Program Petang 3.00 - 6.00 Petang














Peperiksaan Akhir Tahun 2009


Untuk makluman adik-adik dan ibubapa peperiksaan akhir tahun 2009 akan bermula pada minggu hadapan ISNIN (19 - 22 Oktober) ini. Pastikan adik-adik mengulangkaji dirumah kerana soalan kali ini adalah disediakan oleh PASTI Pusat yang sama untuk kesemua PASTI. .

Pasti Az-Zahra 2



Pada sesi 2010 depan satu lagi cawangan AZ-ZAHRA 2 akan beroperasi dan menerima pelajar sulungnya. Ianya akan dikhususkan kepada penduduk-penduduk di sekitar perumahan Jalan Bahagia dan kampung sekitarnya.

Pendaftaran kini telahpun bermula. Manakala beberapa penjaga telahpun mula mendaftarkan anak-anak mereka untuk belajar di TJ pada sesi 2010 depan.

Diharap penjaga dapat mendaftar awal untuk memudahkan pihak pengurusan.

Hari Terbuka & Iedulfitri 1430H



Aturcara

8.00 - 11.00 Pagi - Gotong-royong
2.30 - 3.00 Ketibaan para jemputan
3.00 - 6.00 Majlis bermula

Acara selingan
- Pemberian duit raya untuk semua pelajar
- Pemberian saguhati adik-adik yang berpuasa
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates