RSS

Majlis Berkhatan Az-Zahra 2


Pagi tadi berlangsungnya program berkhatan di AZ-ZAHRA 2. Seramai 22 orang adik telah mengambil bahagian dan bayaran yang dikenakan hanyalah RM50.00 Program ini diketuai oleh Dr Alias dari Klinik Sulaiman TJ dan dibantu oleh 2 orang Doktor dari hospital kerajaan.

Banner

Menunggu

sedang di'anu'

bereh

Ihtifal 09


Sebahagian dari gambar-gambar ihtifal 09 pada petang Jumaat lepas (20/11). Program telah tergendala sebentar akibat hujan lebat dan hujan rahmat. Tahniah kepada semua adik-adik yang berumir 6 tahun dan selamat belajar di tempat baru.

Berikut adalah senarai nama adik-adik yamg tamat belajar di Az-Zahra untuk tahun ini.

1. Ammer
2. Akhmal
3. Azri
4. Samiyah
5. Sakinah
6. Ain
7. Azmin
8. Mohd Amir
9. Anis
10. Aini
11. Haziqah
12. Hakimi
13. Azrin
14. Qayyima
15. Aisyah
16. Anas

Sedang beraksi dihadapan ibubapa

Ustaz Azrul & Ustaz Khairul



Sebahagian ibu-ibu yang hadir

Pelajar terbaik Az-Zahra & No 2 Kawasan (6 tahun)

Guru Cemerlang Kawasan


Adik-adik bersama sijil masing-masing


Kasih seorang bapa

Sebahagian kaum bapa

Hari Graduasi PASTI Kawasan Temerloh


Pendaftaran

Gambar sekitar Hari Graduasi PASTI Kawasan Temerloh yang berlangsung pada 15/11/2009 di Bukit Bendera Resort Mentakab.






Program Cuti Sekolah & Pendaftaran 2010



Kepada adik-adik yang ingin mengikuti program cuti sekolah hujung tahun ini dan mendaftar sebagai pelajar baru unbtuk sesi 2010 sila hubungi Cikgu Zainun 013-9144 234

Ujian Pelajar Cemerlang Peringkat Kawasan Temerloh 2009


Adik Ammer dan adik Ikram bersama ibu masing-masing dan Cikgu Atiqah(2 dari kiri) dan Cikgu Fiza(kanan sekali)

Pagi tadi berlangsung ujian untuk pelajar-pealjar cemerlang peringkat kawasan Temerloh. Ianya diadakan di Bilik Kelas Fardu Ain Masjid Bukit Bendera Mentakab Pahang. Peperiksaan bermla jam 9.00 pagi sehinggalah 10.00 pagi. Az-Zahra’ diwakili oleh pelajar lelaki iaitu adik Mohd Ikram (5 tahun) dan adik Ammer (6 tahun)

Tahun ini kebanyakkan pelajar diwakili oleh adik-adik perempuan contonhnya untuk pelajar 5 tahun hanya ada 2 orang sahaja pelajar lelaki daripada 13 pasti manakala untuk 6 tahun pula ada 4 orang. Keputusannya :-

6 tahun

PASTI Darul Ansar Lancang – 100%

PASTI Az-Zahra’ – 97% (Adik Ammer)

PASTI AL-Husna – 96%

5 tahun

PASTI Al-Haq – 90%

PASTI Aqliah

PASTI Ummu Khalida

Nota : Adik Ikram memperolehi markah sebanyak 80% (Untuk adik Ikram cuba lagi tahun hadapan)

Adik Ikram
Adik AmmerSebahagian pelajar-pelajar dan guru-guru PASTi dan penjaga
AdikAmmer menerima hadiah
Adik Ikram pun terima jugak

Lawatan Ke Perpustakaan Awam Temerloh


Bersiap untuk memasuki perpustakaan

Cikgu menyiapkan makanan


Taklimat dari Puan Siti Nurbaya


Aktiviti mewarna

Semalam 4/11/09 adik-adik telah dibawa ke Perpustakaan Awam Temerloh untuk mengetahui dan mengadakn program mewarna disamping membiasakan diri dengan buku-buku. Terima kasih diucapakan kepada Puan Siti Nurbaya selaku Pegawai Perpustakaan Awam Temerloh atasa layanan dan melayan kerenah adik-adik.

Bertolak ke perpustakaan jam 9.00 pagi dan kembali ke PASTI jam 11.00 pagi




Gambar kenangan sebelum balik di hadapan bangunan

Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia - Kelantan








Pada 30hb - 31hb Oktober baru-baru ini berlangsungnya Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang ke 25 tahun yang diadakan di Kota Bharu Kelantan. Ianya diadakan di Dataran Stadium bersebelahan Stadium Sultan Mohamed KeIV dan dirasmikan oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar kelantan.

Sambutan dimulakan dengan pendaftaran peserta pada hari Jumaat diikuti perasmian dan beberapa pertandingan akademik antara PASTI-PASTI Negeri, manakala hari Sabtu pula acara persembahan dan pertandingan gubahan untuk Guru-guru PASTI Negeri.

Cikgu Zainun terpilih mewakili Majlis Guru Pasti Pahang dan jugak terlibat dalam pertandingan gubahan. Rombongan telah bertolak pada malam Jumaat lepas dan ditempatkan di PASTI Muhammadee Kedai Mulong.

Disertakan sebahagian gambar-gambar di program tersebut.





Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates