9 months ago
Majlis Hari Guru dan Ibu
Posted in
23 May 2009
Admin blog ini sedang mengedit gambar-gambar yag diambil sempena majlis yang telah berlangsung malam tadi... Harap bersabar..
Wakil PASTI Kawasan Temerloh
Posted in
Labels:
SUKAN
22 May 2009
3
petang berturut-turut latihan bolasepak telah dibuat bagi memilih para pemain yang akan mewakili kawasan Temerloh. Antara pemain yang terpilih adalah seperti di foto di atas.... Tahniah adik-adik. Berusaha lebih gigih untuk menjadi Juara peringkat negeri Pahang pulak yang akan diadakan pada 24/5/09 (Ahad nanti)..
(Dari kiri : Adik Ammer, Iskandar, Badrul, Arash, Azmin, Yusri, Hakimi)
Latihan Bola
Posted in
Labels:
SUKAN
16 May 2009
R
amai adik-adik dah bertanya "Cikgu! Bila nak berlatih bola??. Periksa pun dah habis, jadi mari kita pakat tumpu kepada pertandingan bolasepak PASTI Peringkat Negeri Pahang pulak pada 24/5/09 ni kat Bandar Jengka... Jurulatih pun tidak memberi arahan berkenaan jadual lathan lagi.... Sabar-sabarlah adik. Kita berlatih sebelah pagi pulak!! Macamana pengurus, boleh???...
Kemaskini Rekabentuk Blog
Posted in
Labels:
Ubahsuai Blog
15 May 2009
Mulai dari hari ini blog Az-Zahra' akan diperbaiki terutamanya header dan 'layout'... Harap dapat beri komen bagi kebaikan bersama... Sebarang kesulitan amat dikesali...
Peperiksaan Setengah Tahun 2009
Posted in
Labels:
PERIKSA
12 May 2009
Mesyuarat Bulanan
Posted in
Labels:
MESYUARAT
11 May 2009
M
alam tadi berlangsung lagi mesyuarat pengurusan Az-Zahra' bermula jam 830 sehingga 1030 malam. Ramai yang mengantuk dan keletihan kerana menghadiri/terlibat dengan program kat Maran pada Sabtu dan Jerantut pula hari Ahad.
Apa pun mesyuarat berjalan lancar supaya semua laporan dan maklumat dapat disalurkan kepada Jabatan PASTI dan ibubapa.
Antara program yang dicadangkan untuk bulan Mei ini adalah.
1. Sambutan Hari Guru
2. Lawatan ke... (dirahsiakan dulu)
3. Cadangan Penambahan guru
4. Penambahan ABM untuk pelajar 4 tahun dan juga pemasangan komputer
5. Menyediakan ruang/rak menyimpan beg bagi setiap pelajar
6. Persediaan Pesta Sukan Bolasepak peringkat Negeri di Bandar Jengka
Semua AJK 'dihidangkan' dengan jamuan Teh o dan biskut tawar.. 1030 mesyuarat selesai..
Lawatan ke PASTI ILMI Permata
Posted in
Labels:
LAWATAN
08 May 2009
S
emalam (7/5/09) Cikgu Fiza dan Cikgu Zainun telah mengikuti rombongan guru-guru PASTI Kawasan Temerloh untuk 'melancung' ke Kuala Lumpur. Rombongan diketuai oleh Pusan Husna Yaacub selaku Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Pahang yang juga merupakan Ketua MGP Kawasan Temerloh.
Tujuan utama adalah untuk melawat PASTI ILMI Permata di Taman Permata Hulu Kelang bagi meninjau, berkongssi pengalaman serta menambah ilmu dan disambut oleh Puan Rohaiza Unit Penaziran PASTI Kawasan Gombak. Bertolak dari Masjid Abu Bakar Temerloh jam 8.00 dan tiba di sana pada pukul 10.00. PASTI tersebut mempunyai hampir 100 orang pelajar kesemuanya.
Antara tempat lain yang disinggah ialah Masjid Wilayah Persekutuan dan Taman Tasik Titiwangsa.
Pelajar BaRU
Posted in
B
ulan Mei ni , Az-Zahra' menerima 3 orang lagi pelajar baru.... iaitu pelajar 4, 5, 6 tahun (2 lelaki 1 perempuan). Bilangan pelajar kini berjumlah seramai 38 orang. Mungkin pengurusan perlu fikirkan penambahan guru secepat mungkin akibat pertambahan pelajar ini... Selamat belajar di Az-Zahra' adik....
Periksa Setengah Tahun
Posted in
Labels:
PERIKSA
06 May 2009
K
epada adik-adik, Hari Isnin ni 11/5/09, bermulalah peperiksaan setengah tahun untuk pelajar 5 - 6 tahun. Jadi minta emak/ayah ADIK buat ulangkaji kat rumah..
Selamat mengambil peperiksaan...
Tahniah 3X
Posted in
03 May 2009
T
ahniah diucapkan kepada adik-adik kita kerana buat pertama kalinya berjaya menjadi Johan pertandingan bolsepak Kawasan Temerloh... Walaupun dicabar hebat pada peringkat awal. Manakala bolajaring pulak keputusan tidak menyebelahi kita. Apapun tahniah jugak kerana mencuba.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa penjaga yang menunggu sehingga pukul 1 tengahari untuk melihat perlawanan akhir. Sebanyak 8 pasukan bertanding.. Dan kita berjaya akhirnya. Terima kasih banyak2 kepada jurulatih kita Encik Azmi...Manakala penjaring gol terbanyak adalah adik Azmin 7 gol dan adik Ammer 2 gol (gol sendiri-anak cikgu Zainun)...
Keputusan perlawanan
Lawan PASTI Seberang Temerloh (Menang 2 - 1)
Lawan PASTI Ummu Khalida (Tewas 1 - 2)
Lawan PASTI Aqliah ( Menang percuma , tak cukup pemain)
Lawan PASTI Habibu Rahman ( 3 - 1) - Separuh Akhir
Lawan PASTI Ummu Khalida ) 1 - 0) - Akhir
Subscribe to:
Posts (Atom)










