RSS

JAWATAN KOSONG - GURU PASTI



AZ-ZAHRA' dengan ini membuka permohonan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memohon jawatan sebagai GURU PASTI.

Unuk maklumat lanjut hubungi :-

- USTAZ FAIRUZ 019-9152527
- CIKGU ZAINUN 013-9144234

dan emailkan maklumat peribadi anda kepada pastiazzahra@gmail.com

AWas Demam Chiku...Menyerang Temerloh


Kini ramai penduduk di kawasan sekitar Temerloh ni diserang dengan demam Chikugunya ni. Pada awal Januari lalu adik AMMER pelajar tahun 6 (anak kepada Cikgu Zainun) telah disyaki demam ni. Tanda-tandanya ialah demam panas yang kuat, sakit sendi dan saraf, dan sukar bangun dan berjalan. Selepas itu akan ada bintik-bintik merah di badan. Bagi kanak-kanak ianya akan cepat sempuh kerana mempunyai antibodi yang kuat. Tetapi demam ini akan berulang kembali untuk tempoh sehari dua untuk jangkamasa yang panjang.

Oleh itu diminta adik-adik memberitahu ibubapa supaya menjaga kebersihan disekitar rumah terutamanya tempat pembiakan nyamuk seperti bekas air yang bertakung.

Untuk maklumat lanjut penyakit ini ... klik disini www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/download/chikugunya.pdf

Pelajar Az-ZahrA' 2009


AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT BELAJAR KEPADA ADIK-ADIK

PELAJAR 4 TAHUN

Dari kiri : UMAR, BILLA, DIRAH DAN SYAHIDAH

PELAJAR 5 TAHUN

Dari kiri : Perempuan - Maryam, Azera, Sarena, Nisha, Fatin, Siti, Nana, Nisah
Lelaki - Fahim, Hakim, Ammer, Ikram
Tak Hadir - Aisyah

PELAJAR 6 TAHUN

Dari kiri : Perempuan - Haziqah, Ain, Aisyah, Aini, Ema, Inah
Lelaki - Amir, Ammer, Azmin, Azri, Kimi, Akmal, Anas
Tak Hadir - Azrin

2009 - AZ-ZAHRA' Berubah

Dengan peningkatan pelajar yang mendadak, maka AJK Az-Zahra' telah mengadakan satu sesi perbincangan untuk menambahbaikan lagi modul-modul sediada, pemantapan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai khusus bagi mengemaskini skop pemdidikan pelajar-pelajar AZ-ZAHRA'. Sesi tersebut telah diadakan pada hari Sabtu (10/01/09) lepas. Di antara yang hadir ialah Ckigu Zul, Ustaz Fairuz, Puan Husna, Cigu Zainun dan Cikgu Fiza.

Di antara matlamat utama perbincangan ini adalah :-
1. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah untuk dibimbing dan kaedah penyelesaiannya
2. Membuat tapisan keupayaan pelajar dalam mengenal, membaca, menulis dan mengira
3. Menjana satu format/program khusus agar keluaran AZ-ZAHRA adalah terbaik dari segi akhlak, akademik dan sahsiah sesuai dengan moto "MEMBINA GENERASI AL-QURAN".

Tidak ketinggalan juga untuk keselesaan para pelajar, meja-meja telah ditambah dan satu ruang perhimpunan telah disediakan dimana 2 tiang telah dibina dan dipasang dengan bendera Malaysia dan PASTI.

Diharap para ibubapa akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan bagi memastikan AZ-ZAHRA' adalah antara yang terbaik di Pahang dan Malaysia amnya.

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR 2009




Bagi tahun 2009 sehingga berita ini ditulis, seramai 32 orang pelajar telah mendaftar di AZ-ZAHRA', meningkat seramai 7 orang berbanding tahun lepas. Berikut adalah pecahan pelajar iaitu pelajar 4 tahun (4 orang), 5 tahun (13 orang) dan 6 tahun (15 orang). Ini merupakan peningkatan bilangan pelajar yang mendadak bagi AZ-ZAHRA' memandangkan umur AZ-ZAHRA' baru setahun. Ini berikutan pelan pemasaran dan penerangan yang tidak mengenal penat lelah sepanjang tahun oleh AJK dan pengurusan AZ-ZAHRA'. Dengan kepercayaan masyarakat sekitar perumahan TTJ, AZ-ZAHRA' akan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita semua.

AZ-ZAHRA' kini perlu membalas kepercayaan ini dengan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan menambah modul-modul yang terbaik.

Juga diucapkan selamat datang kepada guru baru iaitu Cikgu Fiza yang menggantikan Cikgu Sue yang amat disayangi oleh pelajar-pelajar tahun 6 2008 lalu.

Selamat Belajar... Terima kasih Cikgu Sue


Penggal persekolahan tahun 2009 ini, adik-adik kehilangan seorang Cikgu yang mengajar pelajar tahun 6 2008 lalu iaitu Cikgu Sharifah Suhaila binti Syed Hamid. Cikgu kita ni telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor pada 2/1/2009 lalu dalam bidang Diploma Pendidikan (DPLI). Cikgu Sue merupakan bekas pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Cikgu atas pengorbanan dan jasabaik dalam mendidik anak-anak PASTI dan semoga sentiasa beroleh kejayaan... SELAMAT BELAJAR DI TEMPAT BARU DAN JANGAN LUPA KAMI DI PASTI AZ-ZAHRA'

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2009



Foto terbaik tahun 2008

Selamat menyambut Idul Adha
kepada semua adik-adik dan ibubapa. Kini kita sudah berada pada bulan Dis 08 dan tak lama lagi penggal persekolahan baru akan dibuka. Oleh itu jom kita ajak kawan-kawan lain di sekitar Taman TJ 5/1, Pesiaran Bahagia, Bahagia Court, Taman Bunga Raya & Taman Bahagia Makmur Temerloh untuk mendaftar dan belajar di PASTI AZ-ZAHRA'.

Borang pendaftaran boleh upload/muaturun pada blog ini sahaja...

KELAS AL-QURAN SEMPENA CUTI SEKOLAH



Kelas AL-Quran tetap diteruskan kepada pelajar-pelajar PASTI walupun musim cuti telah bermula. Kelas telahpun bermula pada 17/11 lalu. Sehingga kini seramai 17 orang pelajar mengikuti kelas ini termasuk 8 orang pelajar baru yang berumur dari 5 hingga 9 tahun.

Diharap ibubapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke kelas ini.

Majlis Ibu Bapa & Ihtifal 2008



View Slideshow
Salam sejahtera dan selamat bercuti kepada adik-adik sekalian.

Alhamdulillah Majlis Ihtifal Az-Zahra' berjaya diadakan dengan meriahnya pada pagi tadi. Majlis telah dimulakan pada jam 9.15 pagi dengan ucapan selamat datang kepada para hadirin oleh Ustaz Fairus selaku Pengerusi Pasti Az-Zahra' , diikuti ucapan dari Cikgu Nordin (Pengurus Az-Zahra') dan telah dirasmikan oleh Ustaz Johari Ishak (Ketua Pemuda PAS Kawasan Temerloh). Turut dihadiri ialah Ustaz Azrul selaku Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan Temerloh. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua.

Semasa merasmikan majis ini, Ustaz Johari menjelaskan bahawa PASTI kini menjadi pilihan dikalangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka kerana mempunyai modul-modul yang terbaik dalam membina akhlak dan akademik anak-anak. Apabila pelajar-pelajar ini memasuki sekolah rendah mereka berupaya menyaingi dan menjadi pelajar terbaik pula.

Di antara acara persembahan iailah bacaan Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah dan terjemahannya, nyanyian lagu PASTI, hafazan ayat Al-Quran dan Hadis, deklamasi sajak dan diakhiri dengan nasyid. Pada penghujung majlis acara penyampaian cenderahati, sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar mengikut pelbagai kategori seperti :-

i. Berpuasa pada bulan Ramadhan lalu
ii. Kedatangan terbaik

Az-Zahra juga memberikan hadiah kepada semu pelajar tahun 4, 5 dan 6. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi





IHTIFAL PASTI AZ-ZAHRA' 2008


Pihak pengurusan dan AJK PASTI AZ-ZAHRA' Taman Temerloh Jaya dengan rasa rendah diri menjemput semua ibubapa/penjaga dan orangramai untuk menghadiri MAJLIS IHTIFAL PASTI AZ-ZAHRA 2008 yang akan diadakan pada 15hb November (Sabtu). Majlis akan bermula pada jam 9.00 pagi.

Dipohon agar ibubapa dapat memastikan anak-anak mereka berada lebih awal di PASTI. Majlis Anugerah Sijil Pasti untuk tahun 6 dan persembahan tahun 5 juga akan diadakan.

Marilah beramai-ramai hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak.
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates