RSS

Pesta Sukan PASTI Malaysia 09







P
esta Sukan PASTI Malaysia telahpun menutup gelanggang pada pukul 1230 tengahari 20/6 lalu dengan dinobatkan Selangor sebagai Johan dalam acara bolasepak manakala dalam acara bolajaring pula pasukan dari Kelantan. Tahniah kepada lain-lain pasukan walaupun tidak berjaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Nasruddin Hj Hasan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pasukan Pahang telah diletakkan dalam kumpulan A bersama Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Pada peringkat kumpulan Pahang memenangi 2 perlawanan serta tewas kepada Kedah . Setelah itu berjaya pula memasuki peringkat suku akhir bertemu dengan Pulau Pinang dan berkesudahan tewas dengan jaringan 3 - 0.

Manakala pasukan bolajaring pula ditempatkan dalam kumpulan C bersama Kedah dan Kelantan dan Pahang tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Apapun cuba lagi pada tahun hadapan. Bertemu lagi di Pulau Pinang tahun 2010 nanti...



Rombongan ke UNISEL-Pesta Sukan PASTI MALAYSIA




P
esta Sukan PASTi Malaysia yang dijadual kan akan berlangsung pada 20/6/09 di UNISEL Selangor Darul Ehsan. Rombongan dari PASTI Pahang berlepas ke UNISEL pada pukul 345 petang tadi yang diketuai oleh Ustaz Khairul selaku ketua kontigen. Rombongan memulakan perjalanan dari Hentian Bukit Angin

Bermacam ragam dapat dilihat semasa ingin menghantar anak-anak menaiki bas yang disediakan, ada yang tidak mahu berenggang dengan ibu pulak.. Macam-macam kerenah.


Disamping sebuah bas, juga beberapa buah kenderaan guru-guru dan ibubapa penjaga yang mengikuti sama rombongan tersebut bagi memberi sokongan kepada pelajar dan anak-anak.

Info e-Harakah




T
erdapat berita berkaitan lawatan Az-zahra' ke Kem Batu 3 baru lalu yang dimuatkan dalam akhbar maya terbaru iaitu e-Harakah.... sila lawat dan daftar sebagai pembaca di SINI.... Berita tersebut adalah pada keluaran Harakah 1446 mukasurat 24

Pesta Sukan PASTI Malaysia





A
dik Azmin dari Az-Zahra' telah dipilih mewakili PASTI Negeri Pahang dalam acara bolasepak yang dijadualkan berlangsung pada 20/6/09 ni. Berikut adalah gambar gambar semasa sesi latihan bolasepak dan bolajaring yang diadakan pada hari Ahad 14/6/09.


PASTI Temerloh yang berjaya menjadi johan baru-baru ni dalam acara bolajaring juga turut giat berlatih.


Moga-moga kontijen PASTI Pahang mencapai kejayaan dalam pertandingan itu nanti.

LAWATAN ke Kem Batu 3












B
aru sebentar tadi adik-adik telah dibawa melawat ke Kem Batu 3 Temerloh dengan 5 buah kenderaan. Bertolak dari Az-Zahra' jam 9.00. Semuanya ceria dan seronok dan ada yang membawa bekalan makanan yang disediakan oleh ibu masing-masing.

Kami telah disambut oleh Kapten Osman selaku penyelaras lawatan dan unit yang dilawati adalah Unit Artileri. Mula-mula adik-adik ditunjukkan senjata seperti senapang dari jenis M16, Styer dan lain lagi. Ada yang memegang dan mencuba senapang tersebut termasuklah Cikgu dan AJK sekali.

Selepas itu ditunjukkan pula pelbagai jenis kenderaan pengangkut dan meriam. Semua adik-adik dibenarkan menaiki dan mencuba kenderaan tersebut. Cuma Abe Long je tak nak naik. Juga ditunjukkan demonstrasi Kenderaan Meriam yang bergerak di sekitar padang tersebut. Semuanya seronok.

Akhir sekali kami dijamu dengan bihun goreng oleh pak cik-pak cik askar yang baik hati. Sampai tak usik langsung makanan yang dibawa oleh Cikgu. Pukul 11.15 semuanya bertolak balik ke Az-Zahra.










SUKAN PASTI MALAYSIA Peringkat Negeri Pahang




L
agi gambar sukan PASTI MALAYSIA peringkat Negeri Pahang.. Terima kasih Hj Syam..




Gambar Hari GURU/IbU







S
ebahagian lagi gambar sempena jamuan Hari Guru dan Ibu yang berlangsung pada Jumaat 23/5/09 lalu.






TAHNIAH








T
ahniah kepada kontigen bolajaring Kawasan Temerloh kerana menjadi Johan manakala bolasepak mampu pula menduduki tempat ke-4 pada Pesta Sukan PASTI Malaysia peringkat Negeri Pahang yang berlangsung pada hari Ahad (24/5) semalam.

Kawasan Temerloh yang turut diwakili pemain Az-Zahra' seramai 4 orang dan 3 pemain jemputan dari Pasti Ummu Khalida dan Habiburrahman. Pada peringkat saringan Temerloh masih mampu bertahan tanpa tewas. Temerloh terpaksa mengharungi 5 perlawanan kerana diletakkan dalam kumpulan B dan selepas perlawanan dengan Maran, terpaksa terus bermain tanpa rehat melawan Rompin dan Lipis. Ini menyebabkan ramai adik-adik kita yang keletihan dan ada yang cedera parah apatah lagi bermain di bawah panas terik pada waktu tengahari. Jadi mereka tidak dapat menjaringkan gol dan terpaksa melepaskan gol pulak.

Berikut adalah keputusan permainan :-

Lawan Kuala Krau (3 - 0)
Lawan Paya Besar (2 - 0)
Lawan Kuantan (0 - 0)
Lawan Lipis (1 - 1)
Lawan Maran (2 - 1)

Separuh Akhir
Lawan Rompin (0 -1)

Kedudukan 3 - 4
Lawan Lipis (1- 2 Penalti)

Johan - Indera Mahkota (Menang penalti)
Naib Johan - Rompin
Ke 3 - Lipis

Apa pun 2 orang pelajar dari PASTI Kawasan Temerloh akan mewakili PASTI Negeri Pahang. Mereka ialah adik Azmin (Az-Zahra') dan adik Yusri (Habiburrahman). Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa yang ramai hadir memberikan sokongan kepada anak-anak. Tahun depan kita cuba lagi...

Lagi berita sukan PASTI Negeri
Jabatan PASTI Temerloh
PelawatBumi

Sambutan Hari Guru/Ibu






M
ajlis Hari Guru/Ibu telah diadakan pada Jumaat lepas (22/5/09) bermula dengan sembahyang Magrib dan tazkirah. Sejak pagi lagi kaum ibu telah datang untuk membantu menyediakan makanan dan bergotong-royong untuk majlis ini. Menu khas malam tersebut ialah Nasi Goreng Cina dan Ayam Bakar...

Sebelah malam pula berbondong-bondong ibubapa dan jemputan telah hadir. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengurus Az-Zahra', Wakil Guru dan Wakil Jabatan PASTI Kawasan. Selepas itu tayangan multimedia berkenaan situasi pembelajaran adik-adik, disambung dengan Multimedia khas untuk ibu-ibu.

Ada diantara adik-adik yang menangis bila melihat multimedia tersebut. Kemudian disertai acara penyampaian hadiah untuk adik-adik yang berjaya menjadi Johan(bolasepak) sempena Sukan Bolasepak dan bolajaring (saguhati) peringkat Kawasan Temerloh baru-baru ini. Semua adik-adik diberi hadiah walaupun tidak mewakili Az-Zahra'.

Diharap ibubapa berpuashati dengan menu dan program malam tersebut. Kalau ada sebarang kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan.

Majlis Hari Guru dan Ibu


Admin blog ini sedang mengedit gambar-gambar yag diambil sempena majlis yang telah berlangsung malam tadi... Harap bersabar..
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates