RSS

Lawatan Ke MINI ZOO Temerloh







Pada hari Rabu (18/2) lalu adik-adik PASTI kita telah dibawa melawat ke zoo di Temerloh. Tujuan utama lawatan ini untuk beriadah, mengukuhkan silatulrahim antara AZ-ZAHRA dan penjaga, di samping adik-adik belajar dan mengenali haiwan secara lebih dekat.

Masing-masing amat gembira dan teruja untuk kesana. Pelajar-pelajar telah dibawa dengan b nuah van dan 3 buah kereta. Mereka pula berkumpul di PASTI semenjak pukul 800 pagi lagi.

Disamping mngenali haiwan seperti burung-burung, harimau, rusa dan buaya, acara mewarna juga diadakan. Ada juga yang membawa ibubapa masing-masing dan sanggup pula mnengambil cuti demi meraikan anak mereka ini. Semuanya amat gembira dan berpuashati.

Program lawatan ke tempat lain kini sdang diatur. Diharap bersabar. Disertakan sebahagian foto-foto lawatan tempohari.. Lagi foto akan ditunjukkan pada posting akan datang...

MARI KITA BELAJAR



Kini adik-adik lebih seronok dengan siapnya tempat belajar yang baru, walaupun tidak semewah yang diharapkan tetapi memadai. Pelajar 6 tahun kini belajar diluar untuk mengelakkan kesesakan di tempat sebelum ini.

Walaupun keadaan persekitaran agak janggal kerana tidak ditutup dengan dinding, tetapi yang pentingnya usaha untuk mencari ilmu dunia dan akhirat yang lebih diutamakan. BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN. .

Mungkin satu hari nanti ada diantara adik-adik ini yang akan menjadi DOKTOR, JURUTERA, PEGUAM MAHUPUN AHLI POLITIK yang mendokong ISLAM secara TOTAL. Moga berjaya kesemuanya

Selamat Datang ke Az-Zahra' - Cikgu Nafisah



Selamat datang dan memulakan tugas kepada Cikgu Sayyidah Nafisah dan menjadi warga Az-Zahra'. Cikgu Nafisah dipilih dari sekelian pemohon yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di Az-Zahra'.

Berkhidmatlah dengan penuh dedikasi untuk membina anak-anak Az-Zahra' menjadi insan yang cemerlang dunia dan cemerlang Akhirat

Juga diucapkan Takziah dan sadaqah Al-Fatihah kepada Bonda kesayangannya yang menemui Penciptanya pada hari Khamis(5/2) lepas. AL-Fatihah,,,,

Gotong-Royong Untuk Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat




Pada 1/2/09 lalu majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan di Az-Zahra'. Majlis bermula semenjak jam 230 petang lagi dengan program gotong-royong memasak untuk para jemputan. Jam 730 malam Solat Magrib, diikuti tazkirah dan disudahi dengan tahlil telah diadakan di ruang belajar yang telahpun siap. Terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan para jemputan. Moga majlis seperti ini akan diteruskan dan menjadi program bulanan Az-Zahra'.

Untuk melihat foto program tersebut klik DISINI

Menjenguk PASTI di Kelantan





Pada Cuti Tahun Baru Cina lalu , Cikgu Zainun telah menjenguk dan berziarah ke PASTI lamanya di Kelantan iaitu PASTI DAR-ULUM Kg Kolam Pasir Puteh Kelantan. Cikgu Zainun pernah mengajar disini selama beberapa tahun. Disamping kembali dan bertanya khabar dengan Cikgu Sah, juga bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan untuk menambah ilmu untuk diajar kepada adik-adik di Az-Zahra'.

Pembinaan Kawasan Belajar







Kerja-kerja rambahan giat dijalankan bagi menambah ruang belajar di PASTI untuk menampung tambahan pelajar dan dijangka dapat digunakan pada bulan Febuari nanti. Ruang belajar baru dibuat secara bergotong-royong dengan penjaga pelajar. Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar yang diambil dari mula pembinaan hinggalah siapnya. Dengan kewangan yang terhad, pihak AJK Pengurusan PASTI berjaya juga menyiapkan ruang belajar tambahan tersebut

JAWATAN KOSONG - GURU PASTI



AZ-ZAHRA' dengan ini membuka permohonan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memohon jawatan sebagai GURU PASTI.

Unuk maklumat lanjut hubungi :-

- USTAZ FAIRUZ 019-9152527
- CIKGU ZAINUN 013-9144234

dan emailkan maklumat peribadi anda kepada pastiazzahra@gmail.com

AWas Demam Chiku...Menyerang Temerloh


Kini ramai penduduk di kawasan sekitar Temerloh ni diserang dengan demam Chikugunya ni. Pada awal Januari lalu adik AMMER pelajar tahun 6 (anak kepada Cikgu Zainun) telah disyaki demam ni. Tanda-tandanya ialah demam panas yang kuat, sakit sendi dan saraf, dan sukar bangun dan berjalan. Selepas itu akan ada bintik-bintik merah di badan. Bagi kanak-kanak ianya akan cepat sempuh kerana mempunyai antibodi yang kuat. Tetapi demam ini akan berulang kembali untuk tempoh sehari dua untuk jangkamasa yang panjang.

Oleh itu diminta adik-adik memberitahu ibubapa supaya menjaga kebersihan disekitar rumah terutamanya tempat pembiakan nyamuk seperti bekas air yang bertakung.

Untuk maklumat lanjut penyakit ini ... klik disini www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/download/chikugunya.pdf

Pelajar Az-ZahrA' 2009


AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT BELAJAR KEPADA ADIK-ADIK

PELAJAR 4 TAHUN

Dari kiri : UMAR, BILLA, DIRAH DAN SYAHIDAH

PELAJAR 5 TAHUN

Dari kiri : Perempuan - Maryam, Azera, Sarena, Nisha, Fatin, Siti, Nana, Nisah
Lelaki - Fahim, Hakim, Ammer, Ikram
Tak Hadir - Aisyah

PELAJAR 6 TAHUN

Dari kiri : Perempuan - Haziqah, Ain, Aisyah, Aini, Ema, Inah
Lelaki - Amir, Ammer, Azmin, Azri, Kimi, Akmal, Anas
Tak Hadir - Azrin

2009 - AZ-ZAHRA' Berubah

Dengan peningkatan pelajar yang mendadak, maka AJK Az-Zahra' telah mengadakan satu sesi perbincangan untuk menambahbaikan lagi modul-modul sediada, pemantapan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai khusus bagi mengemaskini skop pemdidikan pelajar-pelajar AZ-ZAHRA'. Sesi tersebut telah diadakan pada hari Sabtu (10/01/09) lepas. Di antara yang hadir ialah Ckigu Zul, Ustaz Fairuz, Puan Husna, Cigu Zainun dan Cikgu Fiza.

Di antara matlamat utama perbincangan ini adalah :-
1. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah untuk dibimbing dan kaedah penyelesaiannya
2. Membuat tapisan keupayaan pelajar dalam mengenal, membaca, menulis dan mengira
3. Menjana satu format/program khusus agar keluaran AZ-ZAHRA adalah terbaik dari segi akhlak, akademik dan sahsiah sesuai dengan moto "MEMBINA GENERASI AL-QURAN".

Tidak ketinggalan juga untuk keselesaan para pelajar, meja-meja telah ditambah dan satu ruang perhimpunan telah disediakan dimana 2 tiang telah dibina dan dipasang dengan bendera Malaysia dan PASTI.

Diharap para ibubapa akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan bagi memastikan AZ-ZAHRA' adalah antara yang terbaik di Pahang dan Malaysia amnya.
Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates