RSS

Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia - Kelantan








Pada 30hb - 31hb Oktober baru-baru ini berlangsungnya Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang ke 25 tahun yang diadakan di Kota Bharu Kelantan. Ianya diadakan di Dataran Stadium bersebelahan Stadium Sultan Mohamed KeIV dan dirasmikan oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar kelantan.

Sambutan dimulakan dengan pendaftaran peserta pada hari Jumaat diikuti perasmian dan beberapa pertandingan akademik antara PASTI-PASTI Negeri, manakala hari Sabtu pula acara persembahan dan pertandingan gubahan untuk Guru-guru PASTI Negeri.

Cikgu Zainun terpilih mewakili Majlis Guru Pasti Pahang dan jugak terlibat dalam pertandingan gubahan. Rombongan telah bertolak pada malam Jumaat lepas dan ditempatkan di PASTI Muhammadee Kedai Mulong.

Disertakan sebahagian gambar-gambar di program tersebut.





Copyright 2009 PASTI AZ-ZAHRA'. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates